Pasukan Malaysia B-19 tahun ceria menjulang trofi kemenangan selepas menewaskan UAE di Padang Ragbi UPM sebentar tadi.

Pasukan ragbi Malaysia bawah 19 tahun berjaya dinobatkan sebagai johan Divisyen 2 Ragbi Asia selepas menumpaskan Emiriah Arab Bersatu (UAE) dalam perlawanan kedua selepas menang tipis dengan skor 15-14. Malaysia yang dibarisi keseluruhan pemain tempat berumur 17-19 tahun ini berjaya membuktikan bahawa mereka memang layak untuk bermain di Divisyen 1 tahun hadapan selepas diturunkan ke Divisyen 2 tahun ini kerana tidak dapat menghantar wakil ke kejohanan Divisyen 1 tahun lepas.

Pemain Malaysia dikawal dan cuba dijatuhkan oleh 4 orang pemain UAE.

Malaysia bermula garang apabila mendapat try seawal minit ke dua oleh Ahmad Zulhilmi Azizad dan seterusnya menambah try pada minit ke 15 juga oleh Ahmad Zulhilmi. UAE yang seperti kehilangan punca kembali bangkit pada minit ke 19 dan 52 apabila memperoleh try dan menyempurnakan penalti pada minit ke 9 dan 31.

Pemain UAE cuba untuk menghalang Malaysia dari meneruskan lariannya ke kawasan Try UAE.

Walaupon keadaan padang tidak berapa memuaskan disebabkan hujan lebat namun kali ini Malaysia menunjukkan permainan yang lebih baik dari perlawanan pertama apabila berjaya melakukan beberapa siri serangan ke kawasan UAE namun apabila tiba separuh masa kedua, UAE kelihatan mengekang asakan dari Malaysia dan cuba mencuri seberapa banyak kawasan yang boleh dari Malaysia untuk membuka ruang serangan. UAE mempunyai kelebihan saiz berbanding Malaysia dan mereka menggunakan kelebihan tersebut untuk melemahkan pertahanan Malaysia.

Pemain Malaysia cuba untuk melepasi pertahanan UAE.

Namun dalam perlawanan yang diadili oleh Pengadil wanita dari Singapura ini, terdapat beberapa keputusan dari pengadil yang agak mengelirukan namun kita percaya bahawa mereka telah melakukan yang terbaik untuk memastikan kedua-dua pasukan dapat bermain dengan baik.

Pengadil wanita dari Singapura yang mengadili perlawanan kali ini dibantu oleh pengadil dari India dan Malaysia.

Jurulatih Malaysia, Farid Syazwan mengakui bahawa terdapat beberapa kelemahan dari pemainnya namun ia dapat diatasi dengan segera dan beliau berpuas hati dengan keseluruhan prestasi anak buahnya pada petang ini. Cabaran yang akan dihadapai dalam Divisyen 1 akan lebih mencabar dan akan berlangsung pada bulan Disember tahun hadapan.

(Foto by Afifi Arif/Ruckarena)

P/s : If at any time you wish to get the original copy of the images you can directly whatsapp or email us at the contact given below. Cheers 🙂

Location :Bukit Jalil National Stadium,  MY
photo Courtesy By :
Afifi Arif
Principal Photographer @ Ruckarena.com
“Create The Moments”
Call @ SMS :019-5772599
Official website : www.ruckarena.com
Email : analyzermike@gmail.com

P/s : Click on the images in the gallery to see the bigger images.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.