Dato’ Ahmad Shapawi berucap dan merasmikan Bengkel NRDP 2020 yang berlangsung di Kelab Darul Ehsan, Selangor.

Majlis Sukan Negara komited akan terus membantu membangunkan sukan ragbi khususnya Program National Rugby Development Programme (NRDP) dalam memajukan sukan ragbi negara. Ia adalah kesinambungan dari program yang telah dimulakan pada tahun 2016 hingga kini.

Pengarah MSN Dato’ Shapawi yang hadir untuk merasmikan bengkel NRDP tersebut berkata beliau yakin dan percaya bahawa kerjasama MR dan NRDP akan menghasilkan sesuatu yang positif kerana banyak perkembangan positif yang dapat dilihat dalam arena sukan ragbi negara ketika ini. Beliau juga akan memastikan bahawa MSN akan terus menyalurkan peruntukan kepada NRDP seawal Januari 2020 sebagai peruntukan permulaan.

Dalam ucapannya juga, beliau turut menyatakan bahawa MSN telah memfokuskan empat sukan utama untuk pembangunan wanita dalam sukan di mana ragbi wanita turut tersenarai dan akan memperuntukkan sejumlah bajet untuk program tersebut.

Dato’ Shahrul Zaman Yahya memulakan ucaptama dalam Bengkel NRDP.

Bengkel NRDP ini telah dianjurkan oleh MR pada 21 Disember 2019 di Kelab Darul Ehsan, Selangor untuk meluaskan penyampaian maklumat dan sebagai satu wadah perbincangan untuk memantapkan lagi program ini pada tahun 2020. Ia turut dihadiri oleh pelbagai pihak seperti wakil sekolah, Universiti, perubatan dan sebagainya.

Foto : Afifi Arif/ Ruckarena

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.